MESYUARAT PIBG SK SUNGAI LUI
9 April 2026 | Aktiviti Terkini09 April 2026 - NADI FELDA Sungai Lui telah menghadiri Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Lui kali ke-48 2026 sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan dan pengukuhan hubungan komuniti setempat.
Dalam majlis tersebut, pihak NADI FELDA Sungai Lui turut menyumbangkan tiga (3) hamper sebagai sumbangan ikhlas bagi sesi cabutan bertuah yang diadakan sepanjang program berlangsung. Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif dalam menyokong penganjuran program sekolah serta menggalakkan penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti.
Penglibatan NADI dalam program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menjalin kerjasama strategik bersama institusi pendidikan, di samping memperkukuh peranan sebagai pusat komuniti yang menyokong pembangunan sosial dan pendidikan.
Diharapkan usaha sebegini dapat terus memupuk semangat kerjasama antara agensi dan komuniti dalam melahirkan persekitaran pendidikan yang kondusif serta menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: